Saturday 1 November 2014

Umur Sesuai Bayi Mengambil Garam Dan Gula

Sudah menjadi kewajipan, setiap makanan yang dimasak perlu ditambah "garam", kalau tidak ada garam hancurlah resipi masakan dan makanan yang kelihatan lazat tidak dijamah oleh sesiapa kerana tidak mempunyai sebarang rasa. Namun yang demikian bukan semua makanan wajib ditambah garam terutama makanan untuk si bayi anda. Makanan bayi tidak memerlukan tambahan garam atau sebarang perisa. Ini disokong oleh hasil penelitian dari Jerman dimana makanan bayi tidak perlu ditambah garam.. Kenapa ya ??? dan hasil penelitian saya sebaliknya, ibu-ibu dan penjaga suka menambah perisa atau garam untuk menambah kelazatan dalam bubur nasi anak-anak. Berikut adalah panduan dan persoalan yang perlu anda ketahui.
 
Adakah boleh menambah garam ke dalam bubur bayi?
Tidak BOLEH !!! kerana garam akan membuat kan tekanan darah bayi melonjak naik, bayi sangat sensitif terhadap garam. Ini akan memberi kesan yang amat panjang. Pada umur bayi satu tahun ke bawah ibu-ibu, bapa-bapa dan penjaga perlu berusaha memberikan makanan tanpa sebarang garam. Ibu-ibu perlu tahu, makan terbaik adalah dari susu ibu dan dalam susu sebenarnya sudah terdapat kandungan garam semulajadi yang mencukupi untuk keperluan si bayi. Namun yang demikian, selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, oleh itu sumber makanan lain diperlukan tetapi elak dari memberi sebarang perisa tambahan.

Bayi tidak perlu ambik garam dan gula

Tidak kah makanan bayi akan terasa hambar?
Tidak lah !!!, kita tidak boleh samakan selera kita dengan selera bayi, deria rasa bayi dengan kita adalah berbeza. Deria bayi pada umur begini belum berfungsi sepenuhnya, langit-langit pada mulutnya belum mengalami perkembangan sepenuhnya sehingga dia belum dapat merasa rasa masin. Oleh disebabkan itu makanan yang kita rasa hambar tetapi terasa sedap bagi si bayi
 
Dapatkah ginjal bayi memproses garam?
Tidak !!!  ginjal bayi belum boleh memproses garam dalam jumlah yang tinggi. Sistem pencernaan si bayi masih tersangat lemah untuk memproses makanan yang terlampau banyak. Jika bayi terlalu banyak mengambil garam yang berasal dari makanan tambahan, itu boleh menyebabkan otak bayi rosak. Banyak lagi risiko tinggi sekiranya pengambilan diteruskan. Berbagai macam penelitian telah di buktikan, antara lain risiko tinggi menjadi gemuk, dan penyakit jantung pada usia muda.

Bila kah Umur Bayi sesuai ambil Garam?
Garam hanya boleh diberikan 1 gm dengan 0,4 gm natrium setiap hari untuk bayi berusia 6-12 bulan. Kebiasaannya keperluan garam juga bayi boleh dapatkan dari susu ibunya. Jika usia anak menginjak 1-3 tahun keperluan garamnya mencapai 2 gm setiap hari dengan mengandung 0,8 gm natrium. Pada usia ini ibu dapat menambahkan garam biasa sebanyak ¼ sudu teh.
Bagaimana Dengan Gula?
Sama jugak seperti garam, tidak digalakkan untuk memberi makanan yang mempunyai tambahan gula terlampau banyak, dikhuatiri akan juga meyebabkan kegemukan dan juga kencing manis.

Biasakan memberi makanan bayi malah diri dan keluarga sendiri dengan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula dan garam yang tinggi. Walaupun bayi pada usia 6 tahun ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan tetapi jangan tinggalkan susu ibu sehingga umur 2 tahun. Adalah lebih elok sekiranya makanan bayi dibuat sendiri dengan mengurangkan garam dan gula. Kita juga maklum pada hari ini, banyak makanan segera untuk bayi dan kanak-kanak dijual di pasaran, contoh bubur nasi didalam paket. Namun sebaiknya beri makanan tersebut sekiranya sudah tidak ada pilihan yang lain.

Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga
 

No comments:

Post a Comment