Tuesday 4 November 2014

Pilihan Terbaik untuk Si Manja

Penting sangat ke DHA ni untuk tumbesaran kanak-kanak? Sekiranya anda perhatikan setiap kali keluar iklan makanan untuk bayi atau kanak-kanak pasti akan ada kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Minda si manja yang berkembang dengan pesat ini dapat dibantu dengan pengambilan DHA. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut?

DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh dan yang paling penting untuk otak. Oleh itu DHA sememangnya penting untuk
  • Perkembangan otak, 
  • Perkembangan mata anak anda
  • Perkembangan lobus hadapan
  • Sistem saraf anak-anak
DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

Namun yang demikian untuk usia kanak-kanak mereka perlu pengambilan DHA secara terus berbanding orang dewasa yang mampu memproses DHA yang secukupnya dari makanan seharian mereka.
 
DHA penting untuk perkembangan Otak Kanak-kanak
 
Bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka, ini disarankan oleh European Food Safety Authority (EFSA).
 
Pada awal usia, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
 
Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:
 
  • Meningkatkan daya fokus
  • Perkembangan otak yang baik
  • Menajamkan penglihatan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mencegah ekzema
Sebagai ibu bapa, detik yang membanggakan sudah semestinya apabila si manja anda berjaya menyelesaikan masalah yang dihidapinya. Ini membuktikan tindak balas minda anak anda tajam dan cerdas. Kanak-kanak bijak bagaikan span, mereka menyerap setiap perkara yang dipelajari lalu mempraktikkannya sewaktu menyelesaikan masalah yang dihidapi. Mereka bukan sekadar mengingat tetai turut mengaplikasi apa yang diperhatikan dan dipelajari daripada persekitaran mereka.

Makanan yang kaya dengan DHA:
Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi 10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.
 
*Telur, ayam, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli dan alga.
kelebihan omega guard shaklee
Namun yang demikian, pasti anda tidak berkemampuan untuk menyediakan makanan tersebut secara kerap dan berterusan seterusnya memenuhi keperluan yang disarankan. Kini anda boleh mendapatkan minyak ikan terbaik didunia dengan mudah daripada setiap kapsul Omega Guard Shaklee. Setiap kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak perlu omega 3 sebanyak 330 mg, EPA sebanyak 180 mg manakala DHA sebanyak 120 mg.

Nak lagi info atau nak tempah Omega
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

 

No comments:

Post a Comment